Monday 18 March 2013

Kain Sulam Indonesia dari Bukit Tinggi

Berjumpa kita lagi. Kali ni saya ingin menunjukkan kain sulam dari Bukit Tinggi Indonesia pulak. Kain sulam bunga timbul ini memang cantik-cantik. Rugi kalau tak dapatkannya tambahan lagi nak tempah untuk raya kena awal. So dapatkannyer sekarang sementara stok masih ada.

Kain Sulam - Shana A
Jenis kain - Chiffon (perlu lining)
Harga : RM100 sepasang







Kain Sulam - Shana B
Jenis kain - Chiffon (perlu lining)
Harga : RM100 sepasang







Kain Sulam - Shana O
Jenis kain - Chiffon (perlu lining)
Harga : RM100 sepasang







Untuk semua corak-corak yang ada di atas adalah corak bunga timbul. Sebarang pertanyaan atau berminat boleh la hubungi saya atau whatsapp saya di talian 012-3112972 atau anda juga boleh email saya di shimah72@gmail.com.


Dan akhir sekali, untuk peringatan dan renungan bersama:

Di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."


Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi

Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha.

Wednesday 6 March 2013

Kain sulam Indonesia

Ada bermacam-macam jenis kain sulam Indonesia yang cantik dan murah (harga berpatutan) yang akan saya tunjukkan di sini dan kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi saya di talian seperti yang tertera di sebelah.


Kain Sulam Handmade - belah bawah
Jenis kain : Cotton Silk
Harga : RM140.00



Kain Sulam Manik Mangkok
Jenis kain : Cotton
Harga : RM110.00






Kain Cotton Op
Jenis kain : Cotton
Harga : RM110.00






Dan gambar di bawah adalah list of colours untuk pilihan 
Kain Sulam Manik Mangkok dan Kain Cotton Op di  atas.
Sekiranya berminat dengan colours yang ada di bawah ni boleh la pre-order dengan saya.



Kain Sulam Kodok
Jenis kain : Cotton
Harga : RM110.00




Colours untuk pilihan Kain Sulam Kodok pulak adalah seperti di bawah.



Dan akhir sekali, untuk renungan bersama dan peringatan untuk semua.





Wednesday 6 February 2013

Hantaran Oh Hantaran - 2

Ha ini gambar-gambar hantaran yang kedua pulak.



Set hantaran untuk sepupu jugak - Homemade kek dan telekung



Hantaran Al-Quran dan sejadah




Toiletries dan homemade chocolate mengikut tema (color purple)



Hantaran sirih junjung dan mas kahwin

Ok la. Saya rasa ini dulu yang boleh saya paparkan untuk semua hasil hantaran perkahwinan sepupu kami ni. Tema yang dicadangkan, jambangan bunga carnation. Cantikkan. Sekiranya ada yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami ni, tak kisah la buat hantaran ke, bunga telor ke, door gift or hamper pun boleh.Cuma hubungi saya pada nombor yang tertera dan kami pasti akan memberikan perkhidmatan yang terbaik yang tidak akan dilupakan.

Akhir sekali kata-kata pujangga hari ini:-

Percayalah bahawa setiap manusia itu telah ditetapkan rezekinya, dan juga setiap manusia itu pasti diberikan ujian tertentu baginya.
Jadi usahlah berfikir terlalu rumit tentang rezeki yang orang lain perolehi dan juga rezeki yang bakal kita perolehi. Yang penting kita teruskan berusaha. Jangan lupa doa.

Pantas atau lambat kejayaan bukanlah hak kita yang tentukannya. Mohonlah agar dipermudahkan dalam setiap urusan kita.

(Ustaz Don Daniyal) 

Monday 4 February 2013

Blog Pertama Ku

Assalamualaikum semua.
Inilah blog pertama yang saya baru nak berjinak-jinak untuk menyampaikan segala aktiviti-aktiviti yang ingin dikongsikan bersama kenalan-kenalan maya dan yang memang dah saya kenal. Dan terima kasih sekiranya anda dapat memberi komen-komen yang membina atau ingin mengkritik apa-apa yang boleh diperbetulkan.

Saya seorang surirumah sepenuh masa yang baru saja ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan. Sajer je daripada tak de buat apa-apa kat rumah, boleh la menjana ekonomi kewangan dalam keluarga kami. Saya berharap, dengan sokongan yang diterima daripada suami yang tercinta serta ahli keluarga yang lain, dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya. Tapi tak la grand sangat. Kecil-kecilan ajer.

Tak salah untuk kita mencuba benda baru. Sebelum ni sibuk kerja makan gaji je, so sekarang try berniaga pulak. Bak kata Hadith Nabi, 9/10 daripada rezeki yang kita perolehi ada dalam perniagaan. Diharap segala apa yang akan saya lakukan akan diberkati oleh ALLAH swt. Aminn.

Dan akhir sekali Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
[Riwayat Ibn an-Najjar]

"LIVE THE LIFE THAT YOU'VE IMAGINED"


Hantaran Oh Hantaran - 1

Ok, di sini saya ingin menunjukkan hasil-hasil karya hantaran yang pernah kami sediakan untuk majlis pertunangan dan juga perkahwinan. Hantaran yang kami sediakan ini kesemuanya adalah untuk saudara-mara terdekat yang tahu kami memang berbakat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka dan kesemua mereka sungguh berpuas hati. Ehem-ehem masuk bakul angkat sendiri la pulak hehehe.

Tapi gambar-gambar hantaran di sini hanyalah sebahagian saja, al-maklum la sebelum ni kami ni bukan la amatur sangat. Tapi selepas mendapat positive response daripada saudara-mara untuk memperluaskan perkhidmatan kami kepada orang luar, kami ingin mencuba nasib dalam bidang ni.




Hantaran untuk sepupu - sejadah dan telekung



Hantaran - homemade chocolate dan kasut




Hantaran - sirih junjung dan barang kemas untuk acara pembatalan air sembahyang



Hantaran - beg tangan dan bunga pahar (bunga telor)

Hantaran yang bertemakan hitam putih dan berbungakan bunga orkid ini sangat cantik (orang kata la) dan bunga telor pun unik.

Ok la. untuk hari ni, saya nak stop kat sini dulu la. Nanti kalau ada masa lagi saya akan sambung untuk gambar-gambar hantaran yang lain untuk tatapan semua.


Dan akhir sekali untuk peringatan bersama

Sentiasa lah beristighfar wahai sahabat-sahabat ku, kerana sesiapa yang beristighfar:-
1 - Allah akan beri jalan keluar dari kesusahan
2 - Allah beri rezeki dari sumber yang tidak diduga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya
setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara
mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak
disangka-sangka.
(Hadith Riwayat Abu Daud)