Monday 4 February 2013

Hantaran Oh Hantaran - 1

Ok, di sini saya ingin menunjukkan hasil-hasil karya hantaran yang pernah kami sediakan untuk majlis pertunangan dan juga perkahwinan. Hantaran yang kami sediakan ini kesemuanya adalah untuk saudara-mara terdekat yang tahu kami memang berbakat untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka dan kesemua mereka sungguh berpuas hati. Ehem-ehem masuk bakul angkat sendiri la pulak hehehe.

Tapi gambar-gambar hantaran di sini hanyalah sebahagian saja, al-maklum la sebelum ni kami ni bukan la amatur sangat. Tapi selepas mendapat positive response daripada saudara-mara untuk memperluaskan perkhidmatan kami kepada orang luar, kami ingin mencuba nasib dalam bidang ni.




Hantaran untuk sepupu - sejadah dan telekung



Hantaran - homemade chocolate dan kasut




Hantaran - sirih junjung dan barang kemas untuk acara pembatalan air sembahyang



Hantaran - beg tangan dan bunga pahar (bunga telor)

Hantaran yang bertemakan hitam putih dan berbungakan bunga orkid ini sangat cantik (orang kata la) dan bunga telor pun unik.

Ok la. untuk hari ni, saya nak stop kat sini dulu la. Nanti kalau ada masa lagi saya akan sambung untuk gambar-gambar hantaran yang lain untuk tatapan semua.


Dan akhir sekali untuk peringatan bersama

Sentiasa lah beristighfar wahai sahabat-sahabat ku, kerana sesiapa yang beristighfar:-
1 - Allah akan beri jalan keluar dari kesusahan
2 - Allah beri rezeki dari sumber yang tidak diduga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya
setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara
mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak
disangka-sangka.
(Hadith Riwayat Abu Daud)

No comments:

Post a Comment