Monday 4 February 2013

Blog Pertama Ku

Assalamualaikum semua.
Inilah blog pertama yang saya baru nak berjinak-jinak untuk menyampaikan segala aktiviti-aktiviti yang ingin dikongsikan bersama kenalan-kenalan maya dan yang memang dah saya kenal. Dan terima kasih sekiranya anda dapat memberi komen-komen yang membina atau ingin mengkritik apa-apa yang boleh diperbetulkan.

Saya seorang surirumah sepenuh masa yang baru saja ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan. Sajer je daripada tak de buat apa-apa kat rumah, boleh la menjana ekonomi kewangan dalam keluarga kami. Saya berharap, dengan sokongan yang diterima daripada suami yang tercinta serta ahli keluarga yang lain, dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi usahawan wanita yang berjaya. Tapi tak la grand sangat. Kecil-kecilan ajer.

Tak salah untuk kita mencuba benda baru. Sebelum ni sibuk kerja makan gaji je, so sekarang try berniaga pulak. Bak kata Hadith Nabi, 9/10 daripada rezeki yang kita perolehi ada dalam perniagaan. Diharap segala apa yang akan saya lakukan akan diberkati oleh ALLAH swt. Aminn.

Dan akhir sekali Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya:
“Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.”
[Riwayat Ibn an-Najjar]

"LIVE THE LIFE THAT YOU'VE IMAGINED"


No comments:

Post a Comment